Pelan penyusunan semula bantu Malaysia Aviation Group catat prestasi positif bagi 2021
KUALA LUMPUR 21 April - Malaysia Aviation Group (MAG) merekodkan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang positif bagi 2021 sebanyak RM433 juta berbanding kerugian RM1.7 bilion pada tahun sebelumnya.






