Perdana Petroleum dapat lanjutan kontrak RM8.4 juta daripada Petronas Carigali
KUALA LUMPUR 4 Julai - Perdana Petroleum Bhd. menerima lanjutan kontrak daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) bernilai RM8.4 juta untuk penyediaan sebuah kapal tunda dan bekalan (AHTS) bagi pengendalian kapal sauh tunggal.






