AmInvestment unjur keputusan kewangan 3QFY22 Allianz Malaysia lebih kukuh disokong pertumbuhan premium bertulis kasar
KUALA LUMPUR 22 Sept - AmInvestment Bank Research mengunjurkan keputusan kewangan Allianz Malaysia Berhad bagi 3QFY22 lebih kukuh berbanding 2QFY22 berdasarkan pertumbuhan premium bertulis kasar (GWP) yang positif bagi perniagaan insurans am dan hayat kumpulan itu.






