| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

RHB Research yakin dengan kemampuan Coastal Conract raih kontrak Ixachi

KUALA LUMPUR 1 Dis - RHB Research optimis dengan prospek Coastal Contract Bhd. dan berpeluang memperoleh kontrak loji gas ketiga Ixachi berikutan kejayaan Perdiz dan Papan sebelum ini. 

 

Pertama Digital lantik CEO dan CFO baharu berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR 1 Dis - Pertama Digital Bhd. melantik Saify Akhtar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu manakala Sivabalan Poobalasingam sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) berkuat kuasa hari ini.

 

Capex Petronas dijangka lebih tinggi pada suku keempat rancakkan industri O&G tempatan - penganalisis ekonomi

KUALA LUMPUR 1 Dis - Firma-firma penyelidikan mengekalkan pandangan 'overweight' terhadap sektor minyak dan gas (O&G) setelah Petronas merekodkan prestasi yang lebih kukuh pada suku ketiga 2022.

 

Pos Malaysia guna perkhidmatan AWS sepenuhnya untuk pacu transformasi perniagaan

KUALA LUMPUR 1 Dis - Amazon Web Services Malaysia Sdn Bhd (AWS) hari ini mengumumkan bahawa Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan menggunakan AWS sepenuhnya untuk memacu transformasi syarikat dalam merancang mempelbagaikan produk dan perkhidmatannya. 

 

Fitch Solutions jangka jualan EV meningkat 45.6% pada 2023

KUALA LUMPUR 1 Dis - Penyelidikan Fitch Solutions menjangkakan jualan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia berkembang pesat pada 2023, walaupun dari asas yang rendah, berikutan pengenalan insentif untuk meningkatkan penggunaan.

 

MIDF Research anggar kerugian Capital A akan terus meningkat pada FY22 disebabkan kos operasi lebih tinggi

KUALA LUMPUR 1 Dis - MIDF Research mengekalkan pandangan 'neutral' terhadap Capital A Bhd. dengan harga sasaran lebih rendah pada 59 sen daripada 61 sen selepas kumpulan merekodkan kerugian yang lebih tinggi bagi tempoh kumulatif sembilan bulan berakhir 30 September 2022.