| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PKNPk bangunkan model penginapan pekerja berpusat pertama di Perak 

IPOH 2 Dis - Perak melaksanakan projek pembangunan penginapan pekerja berpusat (CLQ) yang mampu menempatkan sehingga 12,000 pekerja asing di negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

 

SC mohon perisytiharan mahkamah larang Kumpulan ACE ambil alih Apex Equity

KUALA LUMPUR 2 Dis - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memohon pengisytiharan mahkamah bahawa firma broker Apex Securities Sdn Bhd, anak syarikat Apex Equity Holdings Bhd telah melanggar undang-undang sekuriti.

 

Kumpulan Perangsang Selangor beli 100% kepentingan dalam MDS Advance pada harga RM85 juta

KUALA LUMPUR 1 Dis - Kumpulan Perangsang Selangor Bhd. (KPS) menyasarkan untuk meningkatkan keuntungannya pada masa depan berdasarkan asas pendapatan yang lebih ketara menerusi pengambilalihan 100% kepentingan dalam MDS Advance Sdn. Bhd.

Tafi Industries raih kontrak RM23.46 juta bina kuarters kakitangan MOH di Labuan

KUALA LUMPUR 1 Dis - Tafi Industries Bhd. menerusi unit milik penuhnya, T.A. Furniture & Projects Sdn. Bhd. memperoleh kontrak bernilai RM23.46 juta bagi pembinaan kuarters kakitangan Kementerian Kesihatan (MOH) bagi Wilayah Persekutuan Labuan. 

 

KNM batal cadangan jualan Borsig kepada GSV pada RM1.03 bilion, pertimbang laksana langkah lain

KUALA LUMPUR 1 Dis - Cadangan penjualan anak syarikat utama KNM Group Bhd., Borsig GmbH bernilai 220.8 juta euro (RM1.03 bilion) gagal dimuktamadkan setelah kumpulan memutuskan untuk tidak melanjutkan rundingan lebih lama dari tarikh akhir pada 30 November 2022.

 

Pakar produk automotif dilantik sebagai pemangku CEO EPMB

KUALA LUMPUR 1 Dis - EP Manufacturing Berhad (EPMB) yang tersenarai di Pasaran Utama telah melantik pakar produk automotif, Lim Sim Yee sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulannya, berkuat kuasa hari ini.