KULAI 10 Jan – Pakar pembinaan Haily Group Berhad meraih kontrak RM37.85 juta untuk membina hartanah komersial untuk pembangunan Crest@Austin di Johor Bahru.
KUALA LUMPUR 10 Jan - MYAirline melancarkan kempen MY Great Sale yang merupakan kempen jualan besar pertama syarikat penerbangan itu untuk tempoh mulai 26 Mac hingga akhir Julai 2023.
KUALA LUMPUR 10 Jan - Cukai jualan 10% ke atas barangan bernilai rendah (LVG) akan berkuat kuasa mulai 1 April, menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Barangan yang diimport dari luar negara yang berharga di bawah RM500 akan dikenakan cukai.
KUALA LUMPUR 10 Jan - Malaysia merupakan negara pertama di Asia Pasifik melancarkan Mastercard Bill Pay iaitu alat pengurusan bil baharu yang menggabungkan pembentangan bil elektronik dan pembayaran di satu tempat.
KUALA LUMPUR 10 Jan - Nestcon Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Nestcon Builders Sdn. Bhd. meraih kontrak pembinaan pangsapuri bernilai RM200 juta daripada Armada Istimewa Sdn. Bhd.