MYEG jalin kerjasama dengan China Customs, sedia khidmat perdagangan rentas sempadan
KUALA LUMPUR 31 Mac - MY E.G. Services Bhd (MYEG) menjalin kerjasama dengan agensi milik penuh China Customs, East Logistic-Link Co Ltd untuk menyediakan secara bersama perkhidmatan pemudahan perdagangan rentas lengkap yang termasuk sijil asal pada platform blockchain Zetrix.






