Konsortium Ranhill, SEC raih bidaan projek loji kuasa 100MW di Sabah
KUALA LUMPUR 3 April - Unit Ranhill Utilities Bhd iaitu Ranhill Capital Sdn Bhd (RCSB) telah dimaklumkan oleh Suruhanjaya Tenaga (EC) bahawa konsortiumnya dengan Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) memenangi bidaan untuk loji kuasa 100MW di Pantai Barat Sabah.






