KUALA LUMPUR 17 April - Tenaga Nasional Berhad (TNB) komited mahu memastikan orang ramai selesa menyambut Syawal dengan menugaskan hampir 9,400 warga kerja di pelbagai peringkat, demi menjamin kestabilan bekalan elektrik di seluruh Semenanjung pada Hari Raya Aidilfitri ini.
KUALA LUMPUR 14 April - Malaysia Building Society Bhd (MBSB) telah menerima pemberitahuan daripada Bank Negara Malaysia bahawa Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan untuk pengambilalihan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF).
KUALA LUMPUR 14 April - Selepas meraikan jubli peraknya pada September 2022, The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia melangkah ke hadapan dengan melakar satu lagi detik bersejarah dengan pembukaan kafe ke-150 di di Sierra Fresco, Puchong, Selangor.
KUALA LUMPUR 14 April - Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) memberikan jaminan kewangan sehingga RM76.8 juta bagi penerbitan sukuk bernilai RM96 juta oleh Econas Resource to Energy Sdn Bhd (ER2E).