KUALA LUMPUR 14 April - Selepas meraikan jubli peraknya pada September 2022, The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia melangkah ke hadapan dengan melakar satu lagi detik bersejarah dengan pembukaan kafe ke-150 di di Sierra Fresco, Puchong, Selangor.
Pengarah Urusan The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia, Mohamed Amar Shah berkata, pihaknya bersyukur kerana cita-cita dan semangat mereka disambut baik rakyat Malaysia, yang terus mendukung usaha untuk menjadikan kafe tersebut sebuah ruang komuniti yang istimewa.
"Pembukaan kafe kami yang ke-150 merupakan komitmen untuk terus memupuk hubungan dengan para pelanggan di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ketua Pemasaran dan Inovasinya, Fiona Rodrigues pula berkata, memberitahu, pihaknya ialah sebuah jenama yang mempunyai cita-cita yang tinggi terhadap inovasi.
"Kami benar-benar menghargai peluang yang diberikan ini untuk menyajikan citarasa dunia sebenar kepada mereka," katanya.
Kafe berkeluasan 2,800 kaki persegi itu menampilkan ruang duduk yang luas, secara keseluruhannya dapat memuatkan sebanyak 110 pelanggan dan pengunjung.
Reka bentuk dalaman kafe yang serba moden dilihat memanfaatkan konsep ruang terbuka, menampilkan gerbang-gerbang yang menawan pada seni binanya.


Motif California Selatan memberi penghormatan kepada asal usul jenama ini, sambil menyempurnakan kafe tersebut dengan pencahayaan gaya matahari terbit, menzahirkan sebuah ambien yang nyaman dan mesra.
Sementara inovasi di dapur kekal menjadi fokus utama jenama ini, The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia juga sedang merancang untuk memperkayakan lagi aksesibiliti para pelanggan dengan memperluaskan khidmat pandu lalunya.


Dalam pada itu, The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia memperkenalkan kempen Explore the Heart of Raya, yang menawarkan minuman seperti Vanilla Cardamom Cold Brew Coffee, Cardamom Oat Milk Macchiato, Mangoes & Cream Ice Blended dan Mangoes & Cream Cold Brew Tea.
Menu Ramadan dan Raya turut menampilkan kek The Straits dan Pine-lemon Sugee, di samping aneka pencuci mulut seperti kek Midnight Chocolate, Mangoes & Cheese Tart dan Cinnamon Raisin Swirl.
Bukan itu sahaja, pelbagai juadah berunsur Timur Tengah juga sedia untuk diterokai, dengan hidangan Fattoush Salad, Hummus with Tortilla Chips, Chicken Shawarma dan Baklava Delight. - DagangNews.com








