| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

BAT Malaysia catat perolehan RM678.1 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2023

KUALA LUMPUR 24 Julai – British American Tobacco (Malaysia) Berhad mencatat perolehan sebanyak RM678.1 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2023 (S2FY2023), lebih tinggi daripada RM637.5 juta direkodkan setahun lalu.

Gagal capai persetujuan, Lebtech dan Global Marine tamat subkontrak bernilai RM55 juta bagi projek tebus guna pantai di Pekan

KUALA LUMPUR 24 Julai - Lebtech Berhad gagal mencapai persetujuan dengan Global Marine Sdn. Bhd. menyebabkan sub kontrak bernilai RM55.3 juta melibatkan tebus guna dan perlindungan pantai di Kampung Tanjung Batu Nenasi, Pekan, Pahang ditamatkan secara bersama.

 

Generali Malaysia tawar biasiswa kepada tujuh pelajar lanjutkan pelajaran peringkat ijazah sarjana muda

KUALA LUMPUR 24 Julai - Syarikat insurans am, Generali Malaysia menganugerahkan biasiswa kepada tujuh pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di universiti awam dan swasta tempatan melalui 'Program Biasiswa Volare Generali Malaysia'.

 

Kenanga Research unjur perkembangan MAHB terus dipacu oleh segmen perniagaan, kehadiran 16 juta pelancong

KUALA LUMPUR 24 Julai - Kenanga Research menjangkakan perkembangan Malaysia Aiport Holdings Berhad (MAHB) akan terus dipacu oleh segmen perniagaan dan kehadiran pelancong yang diunjur melonjak kepada 16 juta orang pada tahun ini.

 

Ni Hsin, Vmoto meterai MoU pemasangan dan pengedaran motosikal elektrik di Malaysia

KUALA LUMPUR 24 Julai - Anak syarikat Ni Hsin Group Bhd, Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Vmoto Ltd yang disenaraikan di Bursa Australia untuk memasang dan mengedarkan kenderaan elektrik (EV) berjenama Vmoto di Malaysia.

 

Malaysia antara 10 destinasi popular pilihan pembeli hartanah China, ekspatriat Barat – Juwai IQI

KUALA LUMPUR 24 Julai - Malaysia menjadi satu daripada 10 destinasi popular pilihan pembeli hartanah dari China dan ekspatriat Barat, kata Juwai IQI memetik data daripada dua laporan baharu.