| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Permintaan projek perumahan transit dan mampu milik dijangka meningkat di Malaysia pada 2025 - Titijaya

KUALA LUMPUR 15 Jan - Pasaran hartanah Malaysia dijangka menunjukkan peningkatan pada 2025 berikutan permintaan yang semakin meningkat untuk projek pembangunan berorientasikan transit (TOD) dan projek perumahan mampu milik.

 

Theta Edge batalkan perjanjian usaha sama AI dan blockchain dengan iStream360

KUALA LUMPUR 15 Jan - Theta Edge Bhd memaklumkan perjanjian usaha sama (JV) anak syarikatnya dengan sebuah syarikat sains data untuk membangunkan rumusan kecerdasan buatan (AI) dan blockchain, telah dibatalkan.

 

Hartalega, Kossan terima manfaat besar jika perdagangan sarung tangan dialihkan ke Malaysia dari China - HLIB

KUALA LUMPUR 15 Jan - Hartalega Holdings Bhd dan Kossan Rubber Industries Bhd berkemungkinan besar menerima manfaat sekiranya perdagangan dialihkan ke Malaysia berikutan isu kualiti yang berkaitan dengan sarung tangan China bersama-sama dengan kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS)

Sarawak kukuhkan kedudukan sebagai peneraju teknologi hidrogen dan CCS menerusi sembilan projek utama

KUALA LUMPUR 15 Jan - Sarawak sedang mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam teknologi hidrogen serta penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS), dengan sembilan projek utama sedang dalam pembangunan untuk menyokong agenda peralihan tenaga negeri itu.

 

Colform lancar IPO di Pasaran ACE, sasar kumpul RM41.19 juta bagi kembangkan operasi

KUALA LUMPUR 15 Jan -  Pengeluar keluli dan bahan binaan berpangkalan di Sabah, Colform Group Bhd melancarkan prospektus sempena tawaran awam permulaan (IPO) dan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

Kejayaan raih pelaburan RM4.5 bilion, Yinson boleh laksana projek tanpa perlu mencari dana tambahan - RHB Research

KUALA LUMPUR 15 Jan - RHB Research positif terhadap kejayaan Yinson Holdings Bhd meraih pelaburan RM4.5 bilion kerana ia membolehkan kumpulan itu meneruskan projek baharu tanpa perlu mencari dana tambahan baharu dan pada masa sama dapat membuka kunci nilai kumpulan itu.