Penetapan 31 Jan 2025 untuk aerotrain tidak realistik, perlu patuhi banyak keperluan teknikal - MAHB
SEPANG 24 Jan - Tempoh masa 31 Januari yang ditetapkan untuk perkhidmatan aerotrain beroperasi semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah tidak realitik, kata Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Izani Ghani.




