Selepas memperoleh lapan aset baharu pada 2024, Axis REIT terus agresif mencari hartanah perindustrian
KUALA LUMPUR 24 Jan - Selepas membelanjakan RM719.4 juta untuk memperoleh lapan aset baharu pada 2024, Axis Real Estate Investment Trust (Axis REIT) akan terus bergerak secara agresif mencari pemerolehan berpotensi, khususnya melibatkan hartanah perindustrian.






