Untung bersih Public Bank meningkat 7.5% kepada RM7.15 bilion pada FY24, isytihar dividen 11 sen sesaham
KUALA LUMPUR 26 Feb - Untung bersih Public Bank Bhd meningkat sebanyak 7.5% kepada RM7.15 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (FY24) berbanding RM6.65 bilion pada tahun sebelumnya disebabkan pembalikan lebihan peruntukan cukai pada tahun-tahun sebelumnya.






