| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Untung bersih MISC merosot kepada RM705.7 juta pada 1QFY25 disebabkan penurunan hasil

KUALA LUMPUR 28 Mei - Untung bersih MISC Bhd menyusut kepada RM705.7 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding RM759.9 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya disebabkan penurunan hasil pada suku tersebut.

 

Matrix Concepts rekod jualan hartanah RM1.38 bilion, lebihi sasaran FY25

KUALA LUMPUR 28 Mei - Matrix Concepts Holdings Bhd mencatatkan peningkatan 10.4% dalam jualan hartanah baharu kepada RM1.38 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 (FY25), berbanding RM1.25 bilion tahun lalu.

 

Petronas melabur RM25 bilion di Sarawak sepanjang 2024, kata Awang Tengah

KUALA LUMPUR 28 Mei — Petroliam Nasional Berhad (Petronas) telah melabur sebanyak RM25 bilion di Sarawak sepanjang tahun lepas, kata Timbalan Premier negeri tersebut, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Microsoft lancar rantau awan pertama Malaysia, bakal jana RM51.6 bilion dan 37,000 peluang pekerjaan menjelang 2028

KUALA LUMPUR 28 Mei – Microsoft melancarkan rantau awan pertama di Malaysia, dikenali sebagai Malaysia West, yang dijangka menjana hasil baharu sehingga AS$10.9 bilion (RM51.6 bilion) dan mewujudkan 37,000 peluang pekerjaan menjelang 2028.

 

Pesawat pejuang J-10CE China yang diguna Pakistan, beri pilihan baharu kepada TUDM

Pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi [LIMA] di Malaysia, yang dibuka pada 20 Mei 2025, jet pejuang J-10CE China muncul sebagai tumpuan utama, menarik ramai pegawai tentera, pakar industri dan peminat pertahanan global.

 

Airod, Nearthlab jalin dua kerjasama strategik teroka penggunaan teknologi dron dalam operasi MRO

KUALA LUMPUR 28 Mei — Airod Sdn Bhd menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Nearthlab Inc dari Korea Selatan bagi memperluas penggunaan teknologi dron berautonomi dalam operasi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat.