| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Master Tec jalin kerjasama dengan Yangtze Marine teroka pasaran kabel kuasa berteknologi tinggi

KUALA LUMPUR 19 Jun – Master Tec Group Bhd memeterai kerjasama strategik dengan Yangtze (Jiangsu) Marine Technology Company Ltd dari China bagi meneroka pembangunan bersama rumusan kabel kuasa berteknologi tinggi untuk pasaran infrastruktur tenaga di Malaysia.

 

Sarawak sasar tiga syarikat Bumiputera tersenarai di Bursa Malaysia menjelang 2030

KUALA LUMPUR 19 Jun - Sarawak menyasarkan untuk menyenaraikan tiga syarikat Bumiputera Sarawak di Bursa Malaysia menjelang 2030 menerusi kerangka '3-7-20' di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera Sarawak 2035 (SBB2035).

 

LGMS sasar pindah penyenaraian ke Pasaran Utama pada 4QFY25

KUALA LUMPUR 19 Jun - Syarikat penyedia perkhidmatan keselamatan siber, LGMS Bhd, merancang untuk memindahkan penyenaraiannya dari Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia selepas memenuhi syarat keuntungan yang ditetapkan.

 

Sektor perniagaan berhasrat lihat kesinambungan dasar JS-SEZ, kata Pengarah Urusan UEM

KUALA LUMPUR 19 Jun — Aspek kesinambungan dasar adalah penting memastikan kejayaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Pengarah Urusan UEM Group Berhad, Datuk Amran Hafiz Affifudin.

DNeX peroleh kontrak RM103.76 juta bagi penyediaan sistem iGFMAS kepada MOF 

KUALA LUMPUR 19 Jun - Dagang NeXchange Bhd (DNeX) memperoleh kontrak bernilai RM103.76 juta daripada kerajaan bagi meneruskan penyediaan sokongan kepada Sistem Kewangan dan Pengurusan Kerajaan Bersepadu (iGFMAS) bagi tempoh 60 bulan.

 

Dari Johor ke ASEAN: Mampukah JS-SEZ menjadi penanda aras aspirasi ASEAN 2045?

Sidang Kemuncak ASEAN 2025 baru-baru ini telah menjadi pentas penting dalam mengukuhkan kerjasama serantau di Asia Tenggara.