Kerajaan setuju tubuhkan Ombudsman Malaysia bagi perkukuh tatakelola awam - PM Anwar
KUALA LUMPUR 8 Dis - Kerajaan akan menubuhkan Ombudsman Malaysia sebagai agensi pusat untuk mengurus dan menyelesaikan aduan awam dengan mandat lebih menyeluruh merangkumi isu salah tadbir, salah laku, perlindungan pemberi maklumat dan kebebasan maklumat.






