| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

HI Mobility catat untung bersih RM14.8 juta pada 3QFY2026, isytihar dividen 1 sen

KUALA LUMPUR 18 Dis – Pengendali bas, HI Mobility Berhad mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM14.8 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 31 Januari 2026 (3QFY2026) disokong peningkatan hasil daripada perkhidmatan bas berjadual.

 

Landasan Lumayan pemaju utama Ibu Pejabat LUAS, pemangkin projek Gerbang Maritim Selangor

KUALA LUMPUR 18 Dis – Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLB) memainkan peranan strategik sebagai pemaju utama dalam pembangunan Ibu Pejabat Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di Kota Kemuning, yang dilihat sebagai pemangkin penting kepada pelaksanaan projek Gerbang Maritim Selangor

Sasaran Gamuda buku pesanan cecah RM55 bilion menjelang akhir 2026 dalam jangkauan -  RHB Research 

KUALA LUMPUR 18 Dis — Gamuda Bhd berpotensi mencapai sasaran buku pesanan antara RM50 bilion hingga RM55 bilion menjelang akhir tahun kewangan 2026 (CY26), disokong oleh saluran peluang projek yang kukuh di peringkat domestik dan antarabangsa, menurut RHB Research.

 

Silver Ridge raih kontrak RM42.88 juta bekal komputer riba kepada guru di Sarawak

KUALA LUMPUR 18 Dis - Silver Ridge Holdings Bhd memperoleh kontrak bernilai RM42.88 juta daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membekalkan komputer riba kepada guru-guru di sekolah serta institusi pendidikan di Sarawak.

 

Anak pemegang saham terbesar YNH Property gagal dipilih semula susulan AGM

KUALA LUMPUR 18 Dis – YNH Property Bhd mengumumkan rombakan lembaga pengarah susulan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) syarikat itu pada Rabu, yang menyaksikan anak kepada pemegang saham terbesar kumpulan, Datuk Dr Yu Kuan Chon, gagal dipilih semula sebagai pengarah.

Pemulihan ketara Top Glove pada 1QFY26 disokong volum jualan lebih tinggi, penjimatan kos operasi – Penganalisis

KUALA LUMPUR 18 Dis – Top Glove Corporation Bhd mula mencatat pemulihan kewangan yang ketara pada 1QFY26, dengan keuntungan teras yang melonjak berbanding suku sama tahun lepas didorong oleh volum jualan yang lebih tinggi, kadar penggunaan kapasiti yang meningkat kepada kira-kira