KUALA LUMPUR 23 Dis - Inflasi keseluruhan Malaysia meningkat sedikit kepada 1.4 peratus tahun ke tahun (yoy) pada November 2025 berbanding 1.3 peratus pada Oktober, mencerminkan kesinambungan trend kenaikan beransur-ansur sejak mencatat paras terendah 1.1 peratus pada Jun lalu.
KUALA LUMPUR 23 Dis – Konsortium yang diterajui pengeluar kabel terkemuka Korea Selatan, LS Cable & System Ltd bersama MN Holdings Bhd berjaya meraih kontrak bernilai RM177.36 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi menaik taraf sistem kabel kuasa dasar laut.
KUALA LUMPUR 23 Dis – Pemegang saham minoriti terbesar DKSH Holdings (Malaysia) Bhd menggesa pelabur supaya menolak tawaran pengambilalihan oleh syarikat induknya yang berpangkalan di Switzerland, dengan menyifatkan tawaran itu sebagai “terlalu rendah”.
KUALA LUMPUR 23 Dis - Citaglobal Bhd menerusi anak syarikatnya, Citaglobal Land Sdn Bhd (CLSB), memperoleh dua kontrak projek infrastruktur bernilai keseluruhan RM82.7 juta di Johor dan Labuan.
KUALA LUMPUR 23 Dis — Hujan yang kebanyakannya sering berlaku pada sebelah petang di Sarawak hanya memberi kesan terhad terhadap operasi Sarawak Plantation Berhad (SPB), menurut MBSB Research.