Aliran keluar dana asing RM2.4 bilion berterusan pada Jun - CGSI
KUALA LUMPUR 7 Julai - Sentimen pasaran yang kekal lemah terus mendorong pelabur asing menjadi penjual bersih bagi bulan kedua berturut-turut dengan aliran keluar bersih berjumlah RM2.4 bilion pada Jun, walaupun lebih rendah berbanding RM3.7 bilion pada Mei.






