KUALA LUMPUR 14 Feb - Perkhidmatan penstriman Netflix (@NetflixMY) menjadi platform paling popular dan banyak diperkatakan dalam kalangan rakyat Malaysia di Twitter.
SIK 14 Feb - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bercadang mewujudkan satu jabatan atau agensi khusus di bawah kementerian itu bagi menguruskan kes tunggakan dan pembahagian harta pusaka yang semakin meningkat setiap tahun.
KUALA LUMPUR 14 Feb - Seramai 30 pelajar cemerlang di bawah Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) lepasan matrikulasi berlepas ke Australia bagi menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.
KUALA LUMPUR 14 Feb - Penubuhan stesen Penyelidikan Lapangan Lembaga Lada Malaysia (MPB) di Semenggok, Kuching adalah bertujuan membangunkan infrastruktur dan kemudahan perladangan bagi meningkatkan aktiviti ujian lapangan secara sistematik bagi tanaman lada.
SHAH ALAM 14 Feb - Pertambahan jumlah warga emas berumur 65 tahun dan ke atas mengikut Laporan Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan 2020 akan membantu negara dalam menggubal dasar dan bersiap sedia bagi menghadapi situasi Malaysia sebagai negara menua.
KUALA LUMPUR 14 Feb - Ekonomi Malaysia dijangka mencapai pemulihan secara beransur-ansur daripada kemelesatan akibat pandemik COVID-19, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).