Penumpang di lapangan terbang MAHB meningkat lebih 6 kali ganda pada separuh pertama 2022
KUALA LUMPUR 20 Julai - Jumlah pergerakan penumpang bagi operasi di Malaysia meningkat lebih 6 kali ganda pada separuh pertama 2022 jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada 2021 berikutan penyambungan semula operasi syarikat penerbangan asing dan laluan antarabangsa.






