Genting Plantation dijangka catat perkembangan hasil 24%, MIDF Research saran `Beli' saham
KUALA LUMPUR 25 Julai - MIDF Research telah melaraskan unjuran pendapatannya terhadap Genting Plantations Bhd untuk tahun kewangan 2022 (FY22)-FY23, memandangkan harga minyak sawit mentah (MSM) yang dinaikkan dijangka meningkatkan kedudukan hasil syarikat.






