Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam diumumkan dalam masa terdekat - KSN
PUTRAJAYA 30 Ogos - Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini di peringkat akhir sebelum hasil kajian itu diumumkan dalam masa terdekat, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.





