| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Radium Development meterai perjanjian taja jamin dengan Malacca Securities dan CIMB Investment Bank

KUALA LUMPUR 3 April - Pemaju hartanah Radium Development Bhd menandatangani perjanjian taja jamin dengan Malacca Securities Sdn Bhd dan CIMB Investment Bank Bhd sempena tawaran awam permulaan (IPO) yang akan datang di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

 

PMI pembuatan Malaysia meningkat 48.4 pada Mac, bukti permintaan lebih baik dalam sektor itu

KUALA LUMPUR 3 April - Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan Malaysia yang diselaraskan secara pelarasan bermusim meningkat kepada 48.8 pada Mac 2023 berbanding 48.4 pada Februari 2023. 

 

Pencarum KWSP yang layak, boleh buat pinjaman bank mulai 7 April

KUALA LUMPUR 3 April - Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 40 hingga 50 tahun  yang mempunyai tabungan berjumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2, layak membuat pinjaman bank bermula 7 April ini.

 

PublicInvest positif kontrak bekal LNG Uzma stabilkan pendapatan, imbangi segmen huluan O&G

KUALA LUMPUR 3 April - Public Investment Bank Research (PublicInvest) positif terhadap kontrak pembekalan Gas Asli Cecair (LNG) pertama Uzma Berhad dengan ND Paper Malaysia (Selangor) Sdn Bhd.

 

Konsortium Ranhill, SEC raih bidaan projek loji kuasa 100MW di Sabah

KUALA LUMPUR 3 April - Unit Ranhill Utilities Bhd iaitu Ranhill Capital Sdn Bhd (RCSB) telah dimaklumkan oleh Suruhanjaya Tenaga (EC) bahawa konsortiumnya dengan Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) memenangi bidaan untuk loji kuasa 100MW di Pantai Barat Sabah.

 

MN Holdings, DC-Science dari China bangun pusat data berprestasi tinggi di Johor

KUALA LUMPUR 3 April - MN Holdings Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Mutu Nusantara Sdn. Bhd. menjalin kerjasama dengan Shanghai DC-Science Co Ltd (DC-Science) dari China untuk membangunkan pusat data berprestasi tinggi pertamanya di Malaysia.