| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Gabenor BNM: Dasar makro mesti diselaras agar sepadan dengan realiti ekonomi negara

KUALA LUMPUR 8 Jun - Dasar makro seperti kadar dasar semalaman (OPR) mesti diselaraskan sejajar dengan ekonomi yang kukuh agar sepadan dengan realiti ekonomi negara, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Tiong Nam dijangka terus menanggung tekanan kos, kata TA Research

KUALA LUMPUR 8 Jun - Tiong Nam Logistics Holdings Bhd dijangka terus mengalami tekanan kos pada masa hadapan dan pelarasan penyewaannya bergerak pada kadar perlahan dalam pasaran semasa yang mencabar.

 

Perbelanjaan modal Petronas diunjur meningkat kepada purata RM22.6 bilion setahun antara 2023 hingga 2027 - RHB Investment

KUALA LUMPUR 8 Jun - RHB Investment menjangkakan peberlanjaan modal (capex) Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan meningkat dalam beberapa suku akan datang, terutamanya pada separuh kedua 2023.

 

PRG kini miliki kontrak kumulatif segmen kecekapan tenaga bernilai RM128 juta

KUALA LUMPUR 8 Jun - Unit Singapura PRG Holdings Bhd telah memperoleh dua kontrak bernilai RM128 juta di Singapura.

 

Pengasas bersama Revenue Group, Ng Shih Chiow didakwa atas 12 pertuduhan subahat menipu membabitkan RM13.829 juta

KUALA LUMPUR 8 Jun - Bekas pengarah Revenue Group Bhd, Brian Ng Shih Chiow yang juga pengasas bersama penyedia penyelesaian pembayaran tanpa tunai, didakwa di Mahkamah Sesyen atas 12 pertuduhan subahat memalsukan invois dan pesanan pembelian dengan tujuan menipu syarikat.

Kenanga Research kekalkan penarafan 'neutral' terhadap sektor utiliti

KUALA LUMPUR 8 Jun - Kenanga Research mengekalkan penarafan 'neutral' terhadap sektor utiliti kerana menawarkan pendapatan yang berdaya tahan selain dividen antara 4% hingga 6%.