Malaysia catat perdagangan perkhidmatan RM336.9 bilion pada 2022 disokong daya tahan komponen perjalanan – DOSM
KUALA LUMPUR 22 Jun - Jumlah perdagangan perkhidmatan Malaysia berjumlah RM336.9 bilion pada 2022, menyumbang 18.8% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK pada harga semasa), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).






