| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Dayang terima lanjutan kontrak penyelenggaran sehingga Disember 2024 daripada SapuraOMV

KUALA LUMPUR 21 Sept - Dayang Enterprise Holdings Berhad memperoleh lanjutan kontrak peruntukan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian Pan Malaysia (PM-MCM) - Pakej C daripada SapuraOMV.

 

Kertas dasar semak penggunaan AP untuk kurangkan monopoli akan dibentang di MTEN sebelum November - Rafizi

PUTRAJAYA 21 Sept - Kertas dasar mengkaji semula penggunaan permit diluluskan (AP) dan permit import (IP) bertujuan mengurangkan monopoli sudah sedia dan akan dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) menjelang November.

 

MARii, IOI Indonesia jalin kerjasama majukan industri automotif kedua-dua negara

KUALA LUMPUR 21 Sept - Institut Automotif, Robotik dan loT Malaysia (MARii) dan Institut Automotif Indonesia (IOI) memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bagi kerjasama dalam memajukan industri automotif kedua-dua negara.

 

Kerajaan perlu menubuhkan agensi khusus kawal selia nadir bumi di Malaysia, saran Hisamudin Yahaya

KUALA LUMPUR 21 Sept - Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya mencadangkan Kerajaan Pusat menubuhkan sebuah agensi, badan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mengawal selia semua urusan berkaitan nadir bumi di negara ini.

 

KWAP perkenal dana baharu RM500 juta beri tumpuan kepada modal teroka, syarikat pemula

KUALA LUMPUR 21 Sept - Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menubuhkan dana baharu bernilai RM500 juta, digelar Dana Perintis, yang memberi tumpuan kepada pelaburan ke dalam dana modal teroka (VC) dan syarikat pemula di Malaysia.

reNIKOLA Solar II meterai perjanjian terbitkan Sukuk Iklim pertama di dunia bernilai RM390 juta

KUALA LUMPUR 21 Sept – Syarikat tenaga boleh diperbaharui, reNIKOLA Holdings Sdn Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, reNIKOLA Solar II Sdn Bhd, akan menerbitkan Sukuk SRI Hijau Asean kedua bernilai RM390 juta berikutan pemeteraian perjanjian langganan dengan Hong Leong Inve