| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MBSB catat peningkatan deposit 13.2%, hasil pertambahan deposit berjangka

KUALA LUMPUR 29 Nov - Malaysia Building Society Berhad (MBSB) mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM262.5 juta dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2023 berbanding RM382.6 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya.

 

Malaysia Airports raih untung bersih RM255.5 juta, EBITDA naik dua ganda kepada RM1.6 bilion bagi 9M23

KUALA LUMPUR 29 Nov – Kumpulan Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) catat keuntungan bersih sebanyak RM255.5 juta dalam tempoh 9M23 berbanding kerugian bersih RM171.9 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

 

Kerugian bersih Pharmaniaga semakin teruk kepada RM49.3 juta pada S3

KUALA LUMPUR 29 Nov - Kerugian bersih Pharmaniaga Bhd meningkat kepada RM49.3 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept berbanding RM13.9 juta yang dicatat dalam tempoh yang sama tahun lepas.

 

Keuntungan Petronas susut bagi tempoh 9 bulan 2023 ekoran harga minyak global rendah

KUALA LUMPUR 29 Nov - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjangkakan keuntungan yang lebih rendah bagi FY2023 berbanding rekod pendapatan tertingginya pada FY2022, apabila keuntungan bersih bagi suku ketiga berakhir 30 Sept (3QFY2023) susut 22% kepada RM23.

edotco, Zeta IOS merevolusikan ketersambungan luar bandar melalui teknologi satelit termaju 

KUALA LUMPUR 29 Nov - edotco, pemain utama dalam industri infrastruktur telekomunikasi menjalin kerjasama terobosan dengan Zeta IOS Sdn Bhd untuk merevolusikan ketersambungan luar bandar dengan membangunkan rumusan Akses Wayarles Tetap (FWA) dan Super WiFi bersepadu.

Untung bersih PPB merosot 2 kali ganda kepada RM372.6 juta dalam 3QFY23

KUALA LUMPUR 29 Nov - PPB Group Berhad mencatat keuntungan bersih sebanyak RM372.6 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2023 (3QFY23), merosot dua kali ganda atau 52.5% daripada RM784.8 juta bagi tempoh sama tahun lalu.