| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Tabungan negara kasar catat peningkatan 19.1% kepada RM402.6 bilion pada 2021 - DOSM

KUALA LUMPUR 19 Dis - Tabungan negara kasar (TNK) mencatatkan peningkatan sebanyak 19.1% kepada RM402.6 bilion pada 2021, berbanding RM337.9 bilion pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Pembukaan Kafe Dellamar jalinan kerjasama pertama PUO dengan alumni untuk lahirkan usahawan

IPOH 19 Dis - Usaha untuk melahirkan usahawan dalam kalangan alumni ditonjolkan Politeknik Ungku Omar (PUO) menerusi pembukaan Kafe Dellamar di pusat pengajian tersebut.

 

Henti pengeluaran model kenderaan enjin diesel pada awal 2024, Volvo fokus penjualan kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2030

KUALA LUMPUR 19 Dis - Volvo Cars akan menghentikan pengeluaran model kereta berkuasa diesel menjelang awal 2024 dan merancang untuk hanya menjual kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2030 selain menjadi syarikat neutral iklim menjelang 2040.

 

Eksport Malaysia merosot 5.9% pada November 2023, lebih daripada jangkaan - DOSM

KUALA LUMPUR 19 Dis - Eksport Malaysia mencatatkan pengurangan sebanyak 5.9% kepada RM122.1 bilion, manakala jumlah perdagangan menyusut 2.4% kepada RM231.8 bilion pada November 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Harga minyak global meningkat AS$78.16 ekoran serangan di Laut Merah mengganggu rantaian bekalan

NEW YORK 19 Dis - Harga minyak meningkat pada hari Selasa apabila serangan militan Houthi yang bersekutu dengan Iran di Yaman ke atas kapal di Laut Merah mengganggu perdagangan maritim dan memaksa syarikat mengalihkan laluan kapal.

 

Kos penghasilan minyak sawit mentah diunjur rendah pada 2024 selepas mula mencatatkan penurunan pertengahan tahun ini - Kenanga Research

KUALA LUMPUR 19 Dis - Kenanga Research mengunjurkan kos penghasilan minyak sawit mentah (MSM) rendah pada 2024 selepas mula mencatatkan penurunan pada pertengahan tahun ini.