| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Untung bersih FY25 Hong Leong Industries dijangka naik 8% didorong peningkatan permintaan Yamaha Y16ZR, Y15ZR

KUALA LUMPUR 20 Mei - Kenanga Research menjangkakan untung bersih Hong Leong Industries Bhd meningkat sebanyak 8% pada FY25 didorong peningkatan permintaan terhadap model Yamaha Y16ZR and Y15ZR.

 

RHB Investment positif prospek projek hartanah di Ho Chi Minh kepada pendapatan Kumpulan Gamuda

KUALA LUMPUR 20 Mei - RHB Investment Bank meramalkan projek hartanah Gamuda Land di Vietnam akan terus menyumbang sekurang-kurangnya 25-30% daripada pendapatan kumpulan dalam tahun-tahun mendatang.

 

KK Supermart meterai MoU dengan kerajaan wilayah Samarkand promosi aktiviti ekonomi

KUALA LUMPUR 20 Mei - Kumpulan KK Supermart memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan wilayah Samarkand untuk bersama-sama mempromosikan aktiviti ekonomi.

 

Ini sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Uzbekistan.

Reservoir Link diunjur catat hasil lebih lemah dalam segmen RE sehingga 4QFY24 kesan kelewatan proses CGPP - PublicInvest

KUALA LUMPUR 20 Mei - Reservoir Link Energy Bhd diunjur mencatatkan hasil yang lemah dalam segmen tenaga boleh diperbaharui (RE) sehingga 4QFY24 disebabkan kelewatan dalam memuktamadkan proses Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP).

 

Peniaga sempadan Serikin Malaysia-Indonesia terima transaksi e-dompet Merchantrade

KUCHING 20 Mei – Merchantrade Asia Sdn Bhd, peneraju dalam perkhidmatan kewangan digital, mencatatkan satu kejayaan penting apabila ia berjaya mendaftarkan lebih 100 peniaga semasa fasa awal kempen e-Duit @ Serikin di pasar sempadan hujung minggu Serikin yang terkenal di Sarawak.

Pelabur asing beli RM873.9 juta ekuiti tempatan bagi minggu keempat berturut-turut, kata MIDF Research

KUALA LUMPUR 20 Mei - Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keempat berturut-turut dengan pembelian ekuiti tempatan sebanyak RM873.9 juta.