WCT menang kontrak pembinaan jalan raya di Taiwan bernilai RM153 juta
KUALA LUMPUR 18 Mei - WCT Holdings Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya di Taiwan, WCT Berhad Taiwan Branch, berjaya meraih kontrak pembinaan projek infrastruktur jalan raya di Taiwan bernilai kira-kira RM152.68 juta.





