Malaysia tuntut Norway bayar RM1 bilion batal sesuka hati penjualan misil NSM untuk TLDM
KUALA LUMPUR 19 Mei - Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) menuntut hampir RM1 bilion daripada syarikat pengeluar pertahanan dari Norway susulan pembatalan lesen eksport peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) secara sebelah pihak oleh negara itu.





