KUALA LUMPUR 19 Mei – Batu Kawan Berhad mencatatkan kenaikan ketara keuntungan bersih bagi suku kedua berakhir 31 Mac 2026, didorong terutamanya oleh aktiviti pelupusan tanah sekali sahaja.
Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia, keuntungan bersih diagihkan kepada pemegang saham bagi suku itu 87.5% kepada RM164.76 juta berbanding RM87.89 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.
Peningkatan secara ketara ini jelas kumpulan tersebut adalah selari dengan pendapatan syarikat berkenaan sendiri yang turut meningkat kira-kira 3.2% untuk mencecah sebanyak RM6.72 bilion.
"Untung jualan tanah berjumlah RM126.85 juta, manakala perkongsian kerugian ekuiti oleh syarikat bersekutu, Synthomer plc, pada tahun sebelumnya namun tiada pada kali ini," kata Batu Kawan.
Bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2026, keuntungan bersih terkumpul mencatatkan sebanyak RM347.13 juta, meningkat daripada kira-kira RM215.48 juta pada tempoh sama tahun kewangan 2025.
Bagaimanapun segmen perladangan namun mencatatkan penurunan keuntungan 21.1% kepada RM363.69 juta, disebabkan harga jualan minyak sawit mentah (MSM) dan isi rung sawit (PK) yang lebih rendah.
Batu Kawan menambah, segmen pembuatan kerugian RM25.07 juta berbanding keuntungan pada suku sama tahun lalu, susulan sumbangan rendah daripada oleokimia, walaupun diimbangi operasi penapisan.
"Sementara itu segmen pembangunan hartanah mencatatkan keuntungan susut 47.2% kepada RM1.86 juta berikutan pendapatan yang lebih rendah iaitu sebanyak RM25.68 juta," jelas kumpulan berkenaan.
Di sebalik cabaran pasaran, Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen interim satu peringkat 20 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2026, yang akan dibayar pada 30 Julai 2026.
Dalam pada itu, mengenai prospek masa hadapan pula, Batu Kawan menyatakan keyakinan secara berhati-hati untuk dapat terus mengekalkan prestasi yang menggalakkan bagi baki tahun kewangan 2026.
Segmen perladangan dijangka terus menjadi pemacu utama pendapatan kumpulan, dengan harga MSM diramal kekal kukuh melebihi paras RM4,400 setiap tan disebabkan ketegangan global. - DagangNews.com
Batu Kawan raih untung bersih RM165 juta bagi 2QFY26, naik 88% dipacu pelupusan tanah sekali sahaja

Oleh AMREE AHMAD







