| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Penampilan sulung Solar District Cooling Group di Pasaran ACE Bursa Malaysia catat 50 sen, naik 31.6%

KUALA LUMPUR 19 Sept - Saham Solar District Cooling Group Bhd membuat penampilang sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada 50 sen, atau 31.6% lebih tinggi berbanding harga tawaran awam permulaannya (IPO) pada 38 sen seunit.

 

MPOB, Agrobank sediakan skim pembiayaan mudah tanam semula pekebun kecil sawit

KUALA LUMPUR 19 Sept - Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) menyediakan Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil sawit. 

 

Unjuran jualan kenderaan 2024 dinaikkan kepada 790,000 susulan prestasi kukuh Perodua - RHB IB

KUALA LUMPUR 19 Sept - RHB Investment Bank menyemak naik unjuran jualan kenderaan pada 2024 kepada 790,000 buah berbanding hanya 740,000 sebelum ini.

 

Kontrak baharu lonjak jumlah buku pesanan tertunggak Pekat kepada RM322 juta, kata Apex Securities

KUALA LUMPUR 19 Sept - Kemenangan kontrak baharu Pekat Group Bhd bagi membina dan mentauliahkan loji solar fotovoltaik 29.99 megawatt AC (MWac) di Perak melonjakkan jumlah buku pesanan kumpulan tertunggak kumpulan itu kepada RM322 juta, bersamaan 1.5x hasil FY23. 

 

Proton bawa pembekal syarikat tempatan ke China teliti pembangunan kereta EV

KUALA LUMPUR 19 Sept - Proton bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) membawa pembekal syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menghadiri “Program Akses Pasaran, Pemindahan Teknologi & Peningkatan Vendor” di China.

 

Harga tiket kapal terbang dijangka naik akibat masalah Malaysia Airlines - Maybank IB

KUALA LUMPUR 19 Sept - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menjangkakan harga tiket kapal terbang akan meningkat susulan keputusan Malaysia Airlines mengurangkan kapasiti tempat duduk secara sementara.