Pemegang saham Paragon Globe luluskan semua resolusi pada EGM bagi memacu strategi pertumbuhan kumpulan
KUALA LUMPUR 27 Dis - Pemaju hartanah tersenarai di Pasaran UTAMA, Paragon Globe Bhd (PGB) (dahulunya Goh Ban Huat Bhd) mendapat kelulusan 99.99% daripada pemegang sahamnya bagi kesemua lima resolusi yang dibentangkan semasa mesyuarat agung luar biasa (EGM).






