| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Saham Oriental Kopi dibuka 70% lebih tinggi pada penampilan pertama di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 23 Jan - Saham Oriental Kopi Holdings Bhd 70% lebih tinggi daripada tawaran awam permulaan (IPO) pada penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia, hari ini.

 

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura bakal pacu rancangan pembangunan KLK, kata Maybank IB

KUALA LUMPUR 23 Jan - Sementara Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) masih belum mengumumkan sebarang rancangan di Johor, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bakal menjadi pendorong bagi mempercepatkan rancangan pembangunannya pada tahun-tahun akan datang.

 

SC tolak permohonan Jentayu lanjutkan tempoh pemerolehan tiga syarikat tenaga boleh diperbaharui

KUALA LUMPUR 23 Jan - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menolak permohonan Jentayu Sustainables Bhd (Jentayu) untuk melanjutkan tempoh bagi menyelesaikan pemerolehan tiga syarikat tenaga boleh diperbaharui (RE) yang dicadangkan pada tahun 2021.

 

Mindef pilih syarikat tempatan ATSC panjangkan khidmat Sukhoi

KUALA LUMPUR 23 Jan - Syarikat aeroangkasa tempatan, Aerospace Technology Systems Corporation (ATSC) diberi kepercayaan bagi melaksanakan program pemanjangan jangka hayat pesawat Sukhoi SU-30MKM oleh Kementerian Pertahanan (Minde

EXIM Bank saman Power Root, tuntut RM7.39 juta kerana kegagalan bayar pinjaman

KUALA LUMPUR 23 Jan - Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) memfailkan saman terhadap pengeluar kopi segera Power Root Bhd (Power Root), menuntut RM7.39 juta berikutan dakwaan kegagalan membayar balik pinjaman.

 

Penganalisis ramal OPR Bank Negara Malaysia dijangka kekal pada 3% tetapi berhati-hati dengan potensi kenaikan inflasi

KUALA LUMPUR 23 Jan - Kadar dasar semalaman (OPR) yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 3% dijangka kekal sepanjang 2025 sebagai satu langkah strategik untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara mampan dan kenaikan tekanan inflasi, kata penganalisis.