Masjid Madani diharap jadi pusat komuniti umat Islam dan masyarakat setempat - PM Anwar
KUALA LUMPUR 27 Mac (Bernama) - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Masjid Madani yang akan dibangunkan di Jalan Masjid India di sini, menjadi pusat komuniti setempat kepada umat Islam dan masyarakat di sekitar ibu kota.






