| DagangNews Skip to main content

Dana asing dijangka meningkat separuh kedua 2022 - Rakuten

KUALA LUMPUR 31 Mei - Penilaian rendah semasa saham di bursa tempatan dan prospek ekonomi yang agak stabil sepatutnya menyaksikan dana asing berterusan tertarik ke Malaysia pada separuh kedua 2022, kata Ketua Penyelidikan Perdagangan Rakuten, Kenny Yee.

 

Harga bahan api tinggi dijangka jejaskan pemulihan AirAsia X

KUALA LUMPUR 31 Mei - Harga bahan api yang tinggi dijangka mempengaruhi prospek pemulihan AirAsia X Bhd. bagi tahun ini, demikian menurut Public Investment Bank Research. 

 

Annuar Musa dijadual berucap di Asia Tech X Singapore 2022

SINGAPURA 31 Mei - Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa akan menghadiri Asia Tech x Singapore (ATxSG) 2022 sebagai anggota panel bersama, yang menghimpunkan menteri komunikasi dari seluruh dunia.

 

KPJ Healthcare rancang lupus operasi luar negara yang tidak menguntungkan

KUALA LUMPUR 31 Mei - KPJ Healthcare Bhd. merancang untuk melupuskan operasinya di luar negara, antaranya, Jeta Gardens (Australia) dan Indonesia menjelang akhir 2022 atau suku ketiga 2023, demikian menurut CGS-CIMB Research.

 

Jurutera tersilap gantikan meter air Syabas, penggunaan dibayar sepenuhnya, kata Top Glove

KUALA LUMPUR 31 Mei - Top Glove Bhd berkata juruteranya telah tersilap menggantikan meter air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dengan meter air digital syarikat itu pada 11 April, 2019.

 

Sapura Energy jual kapal dengan nilai AS$71.50 juta

KUALA LUMPUR 31 Mei - Anak syarikat milik penuh Sapura Energy Bhd, Sapura 3000 Pte Ltd memeterai Memorandum Perjanjian (MOA) untuk penjualan kapalnya, dikenali sebagai Sapura 3000, dengan nilai AS$71.50 juta (kira-kira RM312.94 juta).