| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pos Malaysia rugi RM41.5 juta pada suku pertama 2025

KUALA LUMPUR 22 Mei - Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih RM41.5 juta bagi 1QFY25, melonjak daripada RM19.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

 

Pos Malaysia berkata, kerugian itu disebabkan penurunan hasil daripada segmen pos dan logistik.

 

Projek AI Huawei pasang 3,000 unit cip tidak diiktiraf kerajaan - MITI

KUALA LUMPUR 22 Mei - Kerajaan Malaysia menegaskan projek kecerdasan buatan (AI) melibatkan 3,000 unit cip AI keluaran Huawei menjelang 2026 bukan inisiatif rasmi kerajaan dan tidak mendapat pengiktirafan.

 

Reneuco mohon kelulusan mahkamah urus penstrukturan semula hutang dengan pemiutang

KUALA LUMPUR 22 Mei - Syarikat pembinaan tenaga dan utiliti, Reneuco Bhd, yang kini berstatus Nota Amalan 17 (PN17), memohon perintah mahkamah bagi memudahkan penstrukturan semula hutangnya.

 

Meta Bright, ChargeHere teroka peluang kerjasama pembangunan ekosistem kenderaan elektrik

KUALA LUMPUR 22 Mei — Meta Bright Group Berhad meneroka peluang kerjasama dengan ChargeHere EV Solution Sdn Bhd dalam usaha pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) yang semakin berkembang pesat di Malaysia.
 

Pemilihan PKR Pertandingan Dalaman Parti, Tidak Timbul Soal Rombak Kabinet - PM Anwar

PUTRAJAYA 22 Mei (Bernama) - Pemilihan PKR 2025 adalah satu proses pertandingan dalam parti dan tiada kaitan dengan soal rombakan Jemaah Menteri, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Petronas Kekal Teruskan Fungsi, Aktiviti Selaras Akta Kemajuan Petroleum 1974 - PMO

PUTRAJAYA 22 Mei (Bernama) - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan meneruskan fungsi, aktiviti, tanggungjawab dan kewajipan sepertimana yang diamanahkan kepadanya mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan peraturan-peraturan di bawahnya.