| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Majlis Media Malaysia adalah bebas, urus isu industri tanpa campur tangan kerajaan - Fahmi

PUTRAJAYA 15 Julai (Bernama) - Pembentukan Majlis Media Malaysia (MMM) membolehkan isu berkaitan industri media diurus secara lebih terangkum, mampan dan bebas tanpa campur tangan pihak kerajaan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

 

Commerze Capital sediakan dana RM50 juta bantu PKS Bumiputera dalam transformasi digital

KUALA LUMPUR 15 Julai - Commerze Capital Sdn Bhd memperuntukkan dana pembiayaan sebanyak RM50 juta khusus bagi menyokong usaha digitalisasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera di seluruh negara.

 

Lima bekas perunding skim pelaburan didapati salah laku, melanggar peraturan ditegur FIMM

KUALA LUMPUR 15 Julai — Lima bekas perunding skim unit amanah (UTS) dan skim persaraan swasta (PRS) ditegur Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) kerana salah laku atau pelanggaran peraturan.

 

SPRM serbu unit NationGate berhubung dakwaan penyeludupan logam sekerap, saham merosot 16%

KUALA LUMPUR 15 Julai - NationGate Holdings Bhd memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu premis anak syarikat milik penuhnya, NationGate Solution (M) Sdn Bhd, sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung dakwaan penyeludupan logam sekerap.

Semico Capital mohon penyenaraian di Pasaran ACE perluas perniagaan permainan dan koleksi

KUALA LUMPUR 15 Julai – Semico Capital Bhd, pembekal mesin arked permainan video telah memfailkan permohonan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia bagi mengumpul dana untuk memperluaskan operasi perniagaan permainan dan barangan koleksi.

 

Malaysia tidak temui bukti perdagangan cip AI haram, namun akan terus siasat - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR 15 Julai - Malaysia setakat ini tidak menemui sebarang bukti berlakunya perdagangan haram cip kecerdasan buatan (AI), namun siasatan masih diteruskan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.