Binastra raih kontrak pusat data RM491 juta di Kuala Lumpur daripada Exsim Sri Permai
KUALA LUMPUR 1 Julai – Binastra Corporation Berhad meraih kontrak pembinaan sebuah pusat data bernilai RM491.16 juta daripada Exsim Sri Permai Sdn Bhd yang mengukuhkan lagi kedudukan kumpulan itu dalam segmen pembinaan infrastruktur digital yang semakin berkembang di Malaysia.





