Hampir 600,000 muat turun aplikasi PriceCatcher, kesedaran hak pengguna semakin meningkat - KPDN
KUALA LUMPUR 4 Dis – Inisiatif kerajaan meningkatkan ketelusan harga barangan menunjukkan perkembangan positif apabila hampir 600,000 pengguna telah memuat turun aplikasi PriceCatcher setakat 17 November, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).






