KUALA LUMPUR 12 Jan – Syarikat sekutu IGB Berhad melupuskan aset di United Kingdom termasuk St Giles Hotel London, dengan nilai keseluruhan £220 juta (RM1.2 bilion).
KUALA LUMPUR 12 Jan – Dagangan saham Sunway Bhd dan IJM Corporation Bhd digantung bermula jam 9 pagi Isnin, sementara menunggu pengumuman material daripada kedua-dua syarikat, menurut pemakluman berasingan kepada Bursa Malaysia.
KUALA LUMPUR 12 Jan — Solarvest Holdings Berhad diyakini mengekalkan penguasaan 30% pasaran program solar berskala besar (LSS), selepas mencatat kontrak terkumpul RM1.6 bilion setakat tahun ini.
KUALA LUMPUR 12 Jan – Impact Capital Holdings Bhd, syarikat peralatan dan sistem teknologi berpangkalan Sarawak, memfailkan draf prospektus untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia bagi mengumpul dana bagi tujuan pengembangan operasi dan keperluan modal kerja.
KUALA LUMPUR 12 Jan – Eco-Shop Marketing Bhd dijangka terus memulihkan prestasi jualan seiring dengan strategi pengembangan kedai yang agresif dan usaha menambah baik pengalaman pelanggan.
KUALA LUMPUR 12 Jan — Saham ISF Group Berhad berpotensi mencapai paras 42 sen sesaham selepas penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia bermula 28 Januari 2026, menurut TA Securities.