Wonda Coffee diiktiraf Guinness World Records hasilkan video timbang bola terpanjang di dunia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Wonda Coffee diiktiraf Guinness World Records hasilkan video timbang bola terpanjang di dunia

Chong Wai Jacob (kanan) menyampaikan anugerah pengiktirafan Guinness World Records kepada Amy Gan.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 1 Mac - Wonda Coffee berjaya mencatatkan rekod dalam Guinness World Records untuk 'The Largest Online Video Chain of People Performing Football Juggle' yang disertai peminat bola sepak di seluruh Malaysia.

 

Gelaran rekod baharu tersebut disampaikan oleh Pengadil Rasmi Guinness World Records, Chong Wai Jacob kepada Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan yang mana pengikirafan ini membuktikan kejayaan Wonda Coffee untuk sekali lagi meraih pencapaian mengagumkan.

 

Amy berkata, Wonda Coffee bertekad menyatukan rakyat Malaysia merentasi sempadan geografi di seluruh negara melalui media sosial untuk mencipta sejarah memecahkan rekod dalam Guinness World Records melibatkan rakaman video para peserta menimbang bola sekurang-kurangnya dua sepakan tanpa menjatuhkan bola.

 

Katanya, inisiatif ini merekodkan kejayaan yang besar dan pihaknya terharu dengan sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan besar-besaran rakyat negara yang jauh melebihi jangkaan awal mereka.

 

"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua atas sokongan yang luar biasa sepanjang kempen ini dan kami berharap usaha kami dapat terus menyatukan komuniti sambil kita meraikan pencapaian penting ini.

 

“Kami amat berbesar hati dengan pengiktirafan dan kejayaan ini merupakan sesuatu yang sangat bermakna setelah setahun berusaha untuk memperjuangkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia ke arah negara lebih bersatu dengan Wonda Coffee.

 

"Wonda Coffee kini lebih bersemangat untuk memperkukuhkan lagi kedudukan sebagai salah satu jenama kopi sedia untuk diminum (RTD) terkemuka negara sambil berusaha untuk terus menarik minat pelanggan tempatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

 

wonda
                                                                              Amy Gan

 

 

Bersempena dengan Piala Dunia FIFA yang berlangsung di Qatar tahun lepas, Wonda Coffee menganjurkan kempen #WondaBolaCorner untuk menyatukan peminat bola sepak dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menyertai aktiviti yang bermatlamat untuk mengubah sejarah sambil mengetengahkan minuman kegemaran rakyat negara iaitu Wonda Kopi Tarik.

 

Oleh itu, Wonda mengambil peluang ini untuk menyeru para peminat bola sepak untuk memecahkan rekod dunia bagi 'The Most People in an Online Chain Passing a Football' dengan mencipta video timbang bola. 

 

Dalam usaha menyemarakkan lagi rasa cinta rakyat Malaysia untuk sukan ini serta menggalakkan penyertaan, beberapa pemain bola sepak terkenal negara seperti Mohd Faiz Subri, Safiq Rahim, Qhouirunnisa, Steffi Sidhu serta ramai lagi telah memulakan gerakan timbang bola demi mengubah sejarah dengan Wonda Coffee. - DagangNews.com