Wakunime Mini Fest: Kawaii Fest di pusat beli-belah Aeon Mall Kinta City Ipoh pada 4 dan 5 Februari ini | DagangNews Skip to main content

Wakunime Mini Fest: Kawaii Fest di pusat beli-belah Aeon Mall Kinta City Ipoh pada 4 dan 5 Februari ini

Wakunime Mini Fest: Kawaii Fest akan berlangsung di pusat beli-belah AEON Mall Kinta City Ipoh pada 4 dan 5 Februari ini.
oleh ZAKI SALLEH

IPOH 31 Jan - Peminat anime di negeri ini pastinya tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan Wakunime Mini Fest: Kawaii Fest di pusat beli-belah Aeon Mall Kinta City Ipoh pada 4 dan 5 Februari ini.

 

Acara yang menggabungkan komuniti dan penggemar Anime, Cartoon & Games (ACG) ini bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam dan tiada bayaran masuk dikenakan.

 

Selain kehadiran peserta 'cosplay', turut dianjurkan ialah pameran anime, kad permainan, kereta mainan Hot Wheels, gerai barangan permainan dan pertandingan.

 

Acara ini juga menjadi medan terbaik untuk seisi keluarga datang untuk menyertai pelbagai aktiviti dan menghabiskan masa santai bersama dalam suasana meraikan musim perayaan.


 

aeon

 


Penganjur acaranya, Toyeban menerusi hantaran pada laman Facebook memaklumkan, fokus kali ini lebih kepada acara berbentuk hiburan pendidikan menerusi permainan kad dan blok.

 

"Pada Kawaii Fest kali ini kita mahu tonjolkan permainan yang menguji kecerdasan seperti kad Pokemon dan kreativiti membina blok.

 

"Permainan ini sebenarnya dapat membina kecerdasan, kemahiran serta kreativiti berfikir dan imaginasi," ujarnya.

 

Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk mendapat pelbagai cenderahati yang menarik daripada para pempamer. - DagangNews.com