UPM edar 4,000 bungkusan makanan, barangan keperluan kepada mangsa banjir di Kelantan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

UPM edar 4,000 bungkusan makanan, barangan keperluan kepada mangsa banjir di Kelantan

KUALA LUMPUR 3 Jan - Seramai 40 pelajar dari Persatuan Kebajikan Mahasiswa Johor, Universiti Putra Malaysia (Perkasa Johor UPM) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM mengedarkan sebanyak 4,000 bungkusan makanan dan barangan keperluan untuk mangsa banjir di Rantau Panjang, Kelantan semalam.

 

Presiden PERKASA, Muhammad Ikram Marozan berkata, sumbangan tersebut berupa naskah mashaf Al-Quran, pek makanan, set bantal, tilam dan selimut bayi dan kotak ubatan.

 

“Seramai 40 pelajar yang merupakan ahli PERKASA Johor telah menyertai misi khidmat komuniti ini sebagai sukarelawan selama tiga hari.

 

“Mushaf Al-Quran disumbangkan oleh Nasyrul Quran dan kotak set makanan dinamakan Kotak Rezeki Mahasiswa Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Sementara itu, Ketua BHEP UPM, Nuruliman Ibrahim yang mengetuai misi itu berkata, usaha pelajar UPM tersebut amat dihargai kerana mereka sanggup mengorbankan cuti ketika tahun baharu untuk meringankan kesusahan masyarakat yang memerlukan bantuan. 

 

 

upm

 

 

upm

 

 

upm

 

 

“BHEP juga telah menyumbangkan bantuan barangan dan kewangan untuk empat keluarga pelajar UPM di sini yang menjadi mangsa banjir,” katanya. - DagangNews.com