UEM Sunrise lantik pengerusi baharu Datuk Hisham Hamdan dan pengarah Reagan Chan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

UEM Sunrise lantik pengerusi baharu Datuk Hisham Hamdan dan pengarah Reagan Chan

Datuk Hisham Hamdan, 55, kini merupakan Pengarah Eksekutif Pelaburan di Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) sejak April 2011.
Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 20 Jun – UEM Sunrise Berhad mengumumkan pelantikan baharu Datuk Hisham Hamdan sebagai Pengerusi dan Reagan Chan sebagai Pengarah berkuat kuasa 1 Julai 2023.

 

"Sebagai Ketua Pasaran Awam di Khazanah, beliau diamanahkan dengan mandat untuk melabur di lebih 10 negara di seluruh dunia," kata UEM Sunrise dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

 

Hisham sebelum ini meliputi portfolio Auto, Agrifood dan Iskandar Malaysia dan berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Penyelidikan.

 

Beliau ialah ahli pengasas Lembaga Pemegang Amanah Institut Penyelidikan Khazanah. Sebelum ini dari Sime Darby Berhad, Hisham telah berkhidmat dalam beberapa kapasiti kanan dalam pembangunan strategi dan perniagaan, penjagaan kesihatan, tenaga dan utiliti, dan China.

 

Bekas Pengerusi Lembaga Pengarah UDA Holdings Berhad dan BBCC Development Sdn Bhd, pemaju Pusat Bandar Bukit Bintang, Hisham juga pernah berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Iskandar Investment Berhad, Sunway Iskandar Sdn Bhd dan Southern Marina Development Sdn Bhd.

 

Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dwi dalam kejuruteraan kimia dan pengurusan industri dari Universiti Purdue, Amerika Syarikat, dan telah menghadiri Program Pengurusan Lanjutan Harvard Business School.


 

Reagan Chan
                   Reagan Chan

 


Reagan Chan, 41, berkelulusan dalam bidang sains aktuari dari The London School of Economics, United Kingdom, kini merupakan Naib Presiden Kanan Pelaburan Khazanah.

 

Beliau menyertai Khazanah pada 2012 dan kini menyelia portfolio Aset Nyata dan Hartanahnya, yang sebelum ini meliputi antara lain Iskandar Malaysia, dan portfolio Teknologi dalam kumpulan itu.

 

Kedua-dua jawatan itu masing-masingnya, sebelum ini disandang oleh Datuk Noorazman Abd Aziz dan Effizal Faiz Zulkifly.


 

Datuk Noorazman Abd Aziz
        Datuk Noorazman Abd Aziz

 


Seorang tokoh penting dalam UEM Sunrise, Noorazman menyertai Lembaga Pengarah pada Oktober 2018 dan berkhidmat sebagai Pengerusi sejak Ogos 2020, dan terkenal dengan sumbangannya dalam kumpulan itu, setelah berkhidmat secara serentak sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UEM, cabang dermawan of UEM Group Berhad.

 

Noorazman telah memainkan peranan penting dalam menerajui pelan pemulihan strategik tiga fasa kumpulan yang terdiri daripada "Triage, Stabilize dan Sustain", antara sasaran penting lain dan inisiatif mampan.

 

Beliau mengetuai UEM Sunrise semasa ketidaktentuan ekonomi yang ditimbulkan oleh krisis COVID-19, di mana beliau membantu kumpulan itu kembali mencatat keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 2022.

 

Sehingga kini, margin keuntungan kasar UEM Sunrise meningkat kepada 44% pada 1Q2023 berbanding 24 % pada 1Q2022, dengan keuntungan selepas cukai dan kepentingan bukan kawalan sebanyak RM15.4 juta untuk 1Q2023.


 

Effizal Faiz Zulkifly
           Effizal Faiz Zulkifly

 


Effizal Faiz Zulkifly, yang menyertai pada Februari 2020, telah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Jawatankuasa Pembangunan UEM Sunrise.

 

Beliau memainkan peranan penting dalam penciptaan nilai pelbagai pembangunan utama seperti perbandaran makro, kediaman bertingkat tinggi dan pembangunan bersepadu dalam kumpulan sepanjang tempoh perkhidmatannya. - DagangNews.com