Top Glove perkenal sarung tangan inovatif generasi baharu tingkatkan perlindungan dan kelestarian global | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Top Glove perkenal sarung tangan inovatif generasi baharu tingkatkan perlindungan dan kelestarian global

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 11 Julai - Top Glove Corporation Bhd, pengeluar sarung tangan terbesar dunia memperkenalkan tiga produk baharunya yang direka khas untuk memberi perlindungan maksimum terhadap bahan kimia berisiko tinggi dan telah menjalani ujian paling menyeluruh dalam industri.

 

Pengarah Pemasaran Top Glove, Lim Jin Feng berkata, tiga produk inovasi syarikat itu ialah sarung tangan nitril kemoterapi, sarung tangan nitril bilik bersih tanpa halogen dan sarung tangan nitril Biogreen Biodegradable Diamond Sandblast.

 

Beliau berkata, sarung tangan nitril kemoterapi telah diuji terhadap 60 ubat kemoterapi termasuk bahan berisiko tinggi seperti fentanyl, xylazine dan asid gastrik.

 

“Produk ini adalah penanda aras baharu bagi keselamatan profesional penjagaan kesihatan dan pesakit.

 

"Selain itu, sarung tangan nitril bilik bersih tanpa halogen pula direka khusus untuk digunakan dalam persekitaran sensitif seperti pembuatan semiknduktor, makmal, aeroangkasa serta industri berteknologi tinggi tanpa menggunakan bahan halogen yang boleh mencemarkan.

 

“Sarung tangan nitril Biogreen Biodegradable Diamond Sandblast pula adalah mesra alam yang boleh terurai secara semula jadi dengan reka bentuk khas untuk cengkaman kuat dalam kerja-kerja industri berat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

test

 

Tambahnya, misi syarikat bukan sekadar menghasilkan sarung tangan tetapi mencipta penyelesaian yang melindungi manusia dan planet yang telah diuji terhadap 60 ubat sebagai bukti komitmen mereka terhadap inovasi dan keselamatan pekerja. 


“Inovasi ini mengukuhkan peranan Top Glove sebagai peneraju global dalam industri sarung tangan menawarkan penyelesaian bermakna kepada pelbagai sektor dan komuniti,” katanya. - DagangNews.com